Today is my birthday. Gitu, starting ayat english bagai. Lately ni bertimpa2 masalah bump! jatuh kat aku. Kalah jugalah dengan dugaan ni. Mengalir jugalah air mata. Terganggu jugalah emosi. Berat dugaan ni untuk aku tanggung seorang diri. Walaupun aku luahkan pada teman2 tapi rasa sesak kat dada ni tak hilang. Astagfirullah al azim.
Last week jumpa family, rasa seronok. Tak sangka balik u jadi macam ni. Tapi aku sedar dari last week aku macam tak berapa kena rentak kat u. tak tahu kenapa. bila dapat jumpa family, rasa release la tension.
aku dah berpisah dengan dia pada 7 Mac 2011. 10 bulan je kami bersama. tak sangka macam ni akhirnya. betapa aku harap dapat hidup bersama dia. keliling aku masih ada barang2 dari dia. even skang ni pon aku tengah pakai tshirt dia. tapi berita ni tak adalah mengejutkan sangat. sebab dah beberapa bulan aku perasan perubahan kami. dah tak mesra macam dulu. bila aku cuba muhasabah diri, aku sedar hubungan ni tak direstui. Mama tak setuju aku couple masa final year dan hubungan ni pon Allah murka. Mungkin ini adalah petanda yang Dia sayang pada aku dan tak nak aku terus lalai dan terleka. Aku tahu aku lalai selama ni. Tapi perasaan ni memang kuat. Yelah, ada sokong dari syaitan kan. hmmm..alhamdulillah aku berjaya keluar dari zina kecil ni. Aku selalu cuba pandang dari sudut positif bila benda2 yang menyedihkan jadi kat aku. itu cara untuk aku jadi lebih kuat.
Bila kami berpisah, terus terang aku terluka sangat2. mungkin sebab aku sayang dia sangat2. tapi bila aku terluka macam ni, aku rasa tak nak dah terlibat dengan ni sume. dulu aku cuba bina kekuatan dalam diri aku untuk hidup sendiri bila berpisah masa kali kedua. tapi aku tahu, aku tak kuat mana pon masa tu. Maka Allah bantu aku dengan kasi musibah lain iaitu aku kemalangan. Aku pandang kemalangan tu sebagai ingatan pada aku. supaya sedar tujuan sebenar aku iaitu belajar. Alhamdulillah aku berjaya lulus semester tu dengan result yg bagus walaupun turun dari result sebelumnya. tapi aku tahu masa tu aku masih lemah lagi. hati aku lemah.
tapi skang, aku rasa aku kuat. aku perlukan 3 hari je untuk lupakan dia. sejak last msg dengan dia, aku dah tak contact dia. i have no reason to contact him. because i realize he is too good in hurting my heart now. even kawan2 cakap msg la dia. aku tak msg. walaupun msg tu percuma. aku tak ada alasan untuk contact dia. dan aku tak perlukan alasan tu.
tapi minggu ni bila macam2 masalah datang dan malam semalam, buat aku teringat kat dia. teringat kenangan2 kami. hari ni dan semalam emosi aku terganggu sangat. aku rasa serabut dan bercelaru. betapa lemahnya manusia ni kan. tapi skang, bila aku borak2 dan chatting2. aku sedar. aku pon lemah. walau aku cuba kata berulang kali yang aku kuat. aku masih insan biasa. insan yang lemah.
tapi aku bersyukur. aku dah terhindar dari perbuatan2 yang dimurkai Nya. lepas 12 tengah malam ni, tamat la 31 March 2011. dan aku mahu jadi lebih kuat dan pemaaf. minta maaf tak bererti salah atau lemah. tapi petanda kita lebih kuat. aku pernah terlintas dalam fikiran untuk buat benda yang salah dan aku hampir terjerumus membuat perkara2 itu. syukur Allah masih sayang aku dan lindungi aku dari terhindar.
Kawan lelaki aku pernah pesan pada aku dulu, "kalau lelaki tu sayang kau, dia tak akan pegang kau". Aku faham maksud dia. aku pernah terbaca satu ayat ni, "Jadilah buah yang masak ranum di pokoknya dan hanya dipetik apabila masak. Jangan jadi buah yang jatuh di tanah dan busuk". Faham tak maksud dia? Pada kaum wanita, maruahlah yang paling penting untuk dijaga. Maruah tak bermaksud hanya kesucian tapi harga diri. Maruah itu yang dipandang agar kita dihormati oleh kaum lelaki.
Aku tulis2 macam ni bukan bermaksud nak tunjuk pandai. Aku pon banyak kelemahan dan buat kesalahan. Cuma aku harap satu hari kalau aku buat silap, ada orang yang menegur aku. Agar aku berubah jadi lebih baik. Dan yang penting ingat, dosa dan kesalahan yang kita buat itu bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.
Assalamualaikum.