Tuesday, April 26, 2011

High Expectation!

Rasa marah, geram, benci dan tah apa apa lagi perasaan tak baik lagi. Bukan pada sesiapa tapi pada diri aku sendiri. Aku marah! Marah dengan diri aku.

Mungkin sebab aku terlalu mengharapkan sesuatu yang sempurna. Padahal memang dah tahu dan sedia maklum yang manusia ni apatah lagi orang macam aku ni tak akan jadi sempurna. Tapi perasaan untuk buat yang terbaik pada diri sendiri dan keluarga aku buat aku jadi macam ni.

Aku rasa kecewa. kecewa dengan diri aku. Lagi menambahkan kekecewaan tu sebab aku tak reti nak menghargai peluang depan mata. tak tahulah. tapi aku memang kecewa.

Mama, Abah,

Anis nak jadi yang terbaik. Anis nak banggakan Mama dan Abah. Tapi mungkin Anis terlalu paksa diri untuk jadi sempurna. Sampai Anis lupa manusia ni diciptakan dengan kekurangan dan rasa bersyukur. Mungkin Anis ni kurang rasa syukur sebab tu Allah uji Anis macam ni. Mungkin sebab Anis kadang2 lupa dan lalai pada Allah maka Allah ingatkan Anis dengan cara macam ni. Anis sentiasa nak jadi baik dan terbaik. Bukan dengan niat nak menunjuk2 atau nak bangga diri. Sebab Anis nak bahagiakan Mama dan Abah. Tak nak Mama dan Abah risaukan Anis. Tapi Anis lupa. Anis ni manusia biasa je. Yang kadang2 memang akan kalah.

Aku memang bertuah ada kawan2 yang sudi dengar dan nasihatkan aku. Tapi walau banyak mana pon nasihat yang orang bagi, semuanya terpulang pada aku. Kalau aku tak nak berubah, tiada apa pon yang akan berubah. Dan akhirnya aku yang akan makin kecewa. Kecewa dengan diri sendiri.

So, hari ini aku berazam nak siapkan report FYP aku. Oh, mungkin ini pon ley dikategorikan sebagai harapan yang terlalu tinggi? Tak! Aku nak berusaha siapkan report dengan bersungguh2. Yup, itu baru betul.

Sekian,

Assalamualaikum wbt~

Tuesday, April 19, 2011

Aik? Ley percaya ke ni?

Assalamualaikum wbt,

Actually aku dah tulis entry panjang lebar tapi rasa cam tak perlu kot nak cerita. Simpan sorang sudey. Panjang sangat pon sampai aku pon malas nak teruskan. Spotlightnya pendek je.

Pagi ahad tu, aku tido balik pas subuh. Lagi pon malam tu tido lambat gila. Kol 3 kot. Then masa tido tu aku rasa cam ade orang belek2 tangan aku. Aku punya pose time tido ni memang la pelik. aku tido atas sofa kat ruang tamu. Tangan kanan peluk Patrick (bukan nama sebenar), tangan kiri plak aku hulurkan ke atas. Bukan tegak 90 darjah. Macam kalo ko berdiri, then ko angkat tangan ke atas. Haaa, bezanya aku tengah baring time tu.

So, aku rasa ade orang belek tangan kiri aku. Aku dah sedar la time tu. tapi aku tak buka mata. selalu memang cmtu pon. dah sedar tapi malas nak bangun. so tak akan buka mata. selagi rasa nak berbaring dan sambung tido, aku tak akan buka mata. btw, aku ni jenis senang terjaga gak la. tapi suke pura2 masih tido.hahahah..

then aku pon terpiki2, sapelah yang dok belek tangan aku ni. kakak aku sorang je suke wat keje nih. tapi dia takde kat umah skang. Aten? takde keje la dak sorang tu nak kaco aku tido. Pastu aku teka maksu aku. lama2 tu konfem la dia. tak taw la ape yang dibuatnya kat tangan aku tuh. aku biar je la. then aku pon tertido.

petang tu time siap2 nak kua lunch, maksu cte la kat aku. dia tilik tangan aku tadi time aku tido.oooo.tilik tangan rupanya. benda2 cmni memang menarik. aku suka. dengar takpe, percaya jangan! nanti syirik plak.

so, maksu kate aku anak nanti 2 orang je. cis! aku plan nak anak 7 kot. tapi aritu pikir2 balik nak 3 atau 4 aje la. kalo 3 lagi ok kot. senang nak susun anak dalam kete. ehehehe..

then maksu kate aku ni boyfriend ramai. uiks? haaa...ni la spotlightnya!!!! maksu kata ada la dalam 7 atau 8 orang. maigoooodddd.. aku cakap kat maksu, penat la cmni. nak kena putus cinta je. letih taw! pastu bile tnya2 lagi, maksu corner cte laen. eleh! tak nak kasi taw la tu. takpe2.

FYI, aku skang ni sedang membina semangat diri untuk jadi kuat dan tak tergugat. Dan aku sangat2 berharap aku tak akan couple lagi. Its not like I am really hurt. It is not worth it to be hurt for a long time for someone who is not worth to have me. Aku cuma tak nak lagi terjebak. Dan aku buat ni semua demi mengharapkan keredhaan-Nya.

Btw, aku ade baca artikel. Dia tulis, ada 2 cara untuk mendapat jodoh yang baek. Pertama, jadilah orang yang baek sebab perempuan yang baek hanya untuk lelaki yang baek dan begitulah sebaliknya. memang susah nak jadi baek tapi apa salahnya mencuba berubah ke arah kebaikan kan? Pahala dapat, dosa pon kurang. Kedua, melalui pilihan orang2 yang baek macam alim ulama atau ibu bapa kita. well, aku rasa dua2 cara pon aku nak follow. Kalau parents aku carikan jodoh, aku akan consider la lelaki tu. tapi aku pon nak la jadi baek supaya dapat jodoh yang baek. hehehehe..

So, nak siapkan report ni. Besok nak anta. Harap2 la dapat siapkan malam ni. Banyak sangat melengah2.

Assalamualaikum~

Monday, April 4, 2011

Hati Aku

Ya Allah..

Aku tak tahu kenapa dengan hati aku ni. Asyik tak tenteram. Sekarang aku dah boleh solat, so boleh la mengaji untuk kurangkan resah. Tapi hati ni. Kenapa CIk Hati? Apa yang kau asyik debarkan tu? Aku tahu ni bukan pasal study.

Ya Allah..

Aku tak tahu macam mana nak buat untuk kasi hati ni sentiasa tenang. Tangan ni asyik gatal search benda2 yang akan buat hati aku resah. Tapi kenapa hati ni perlu resah? Aku bernafas sekarang pon tak teratur. Hati aku degup2 laju sangat. Pastu rasa macam nak terkeluar tak pon nak meletup2 kat dalam dada ni.

Ya Allah..

Tolonglah hamba Mu ini. Aku cuba bertenang dan bertenang. Tapi hati ini melawan kehendak akal dan fikiran. Akal dan fikiran pula asyik menari idea menduga hati ini. Macam mana aku nak bertahan?

Kenapa niat, hati, akal dan fikiran aku melawan sesama sendiri? Kenapa korang tak nak bersatu dan tenangkan aku ni?

Aku rasa ada satu penyelesaian tapi bila aku fikir2 balik, itu bukan penyelesaian. Itu melarikan diri dari kenyataan. Sebenarnya selama ni, aku selalu buat macam tu. Aku ni pengecut. Takut hati aku sakit, maka aku larikan diri.

Kenapa aku tak boleh jadi berani?

Beranilah terima kenyataan Anis!

Saturday, April 2, 2011

baru sedar diri

Lepas aku post yang latest post, so aku biasanya akan baca balik post2 lama. then bila aku baca post2 tu aku akan reflect balik apa yang aku tulis dulu dan apa yang jadi pada aku sekarang. Hmmm..banyak yang berubah pada aku. ada yang lebih baek, ada yang jadi macam yang aku harapkan tapi tetiba pula reaksi aku berbeza. oh hati~

so bila aku pikir2 balik, aku rasa bagus juga aku ada blog ni. kononnya boleh la aku tengok perubahan diri aku sendiri. yelah, tak akan nak wat video pula. rajin sangat tu. walaupun aku jarang update blog ni, tapi sekali sekala bila aku update tu, post tu datang dari hati. apa yang aku rasa masa tu, aku yang aku fikir. so post aku semuanya ikhlas la. gituuuu...

So, Nur Anis, ingat ni. Hidup ni memang susah, memang banyak dugaan. Apa yang salah tu tetap salah, jangan ikutkan hati. Memang susah nak lawan godaan hati tu tapi cubalah untuk berlawan. jangan mengalah. Jangan jadi terlalu lemah. Memang mengalir air mata itu bukan semestinya tanda kita lemah tetapi biarlah air mata itu mengalir untuk perkara yang berfaedah. Mengalirlah air mata kerana dosa yang kau lakukan. Jadilah hamba-Nya yang taat, anak yang solehah, sahabat yang baik dan insya Allah isteri yang diredhai. Setiap yang berlaku ada hikmatnya. Kuatkanlah hati itu. bila kau rasa lemah, mohonlah pada-Nya kekuatan.

Ingat ayat ni, kadang2 apa yang kita suka tak semestinya yang terbaek untuk kita dan kadang2 apa yang kita benci mungkin yang terbaek untuk kita. Jodoh ajal pertemuan memang dah ditetapkan untuk setiap hamba-Nya. Bersabarlah menunggu masa yang sesuai.

Hiduplah dengan restu dan redha Ilahi. berhentilah berharap kasih sayang dan perhatian manusia yang tidak kekal. Kasih sayang Allah swt yang patut dikejar. Berubahlah Anis. Berubahlah menjadi lebih baik dari semalam.

Senyumlah dengan kebahagiaan orang lain dan jangan berhenti berdoa dan berusaha. Mungkin Allah lambat memakbulkan doa kerana masanya belum tiba. Mungkin Allah tak memakbulkan doa kau kerana ada perkara yang labih baek telah tersedia untuk kau. Mungkin Allah memakbulkan doa kau untuk menguji keimanan kau.

Hiduplah dalam kesederhanaan dan penuh kesyukuran. Bersyukurlah kerana masih bernafas hari ini dan masih berpeluang untuk bersyukur.

Assalamualaikum~