Tuesday, November 22, 2011
Caca marba
Aku confirm berhenti kerja kat SK. Last day hujung bulan ni. Lega sangat. Dalam gembira, aku sebenarnya rasa seksa kerja kat sana. Macam mana nak jelaskan? Terlalu rumit yang aku sendiri tak mahu ingatkan dah.
Malaysia menang lawan Indonesia malam ni. Yup! Itu satu berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Aku mesti cakap yang aku bangga. Siapa yang tak bangga wey.
Then aku check email. Member aku cakap dia dah dapat placement. Alhamdulillah, rezeki dia dah sampai. Sambil2 tu scroll fb. Aku tak tahu apa yang buat jantung aku berdegup sumpah gila kencang yang aku rasa sama macam penonton2 yang tengok Malaysia lawan Indonesia tadi. FYI, aku tak tengok sebab aku kerja.
Demmit! Perasaan tu datang balik. Aku sure yang aku ok tapi apasal jantung aku nih? I guess it is juat a natural response. Dan itulah sebab utama aku menulis malam ni. Aku tak boleh luahkan pada sesiapa sebab ini bukan benda yang aku nak bincangkan. Aku hanya nak luahkan dan inilah tempat terbaik.
So, untuk atasi masalah bodoh ni, aku kena ingatkan diri aku niat dan matlamat aku. Sekali lagi. Sebab manusia mudah lupa dan kena selalu diingatkan.
Nur Anis,
Ingat tak janji nak berubah? Untuk tidak lagi terlibat dalam segala kancah2 ni?
Ingat janji pada Allah, pada diri sendiri.
Ingat yang luka semalam masih lagi berdarah dan tak sembuh. Jangan robekkan lagi dengan cuka dan belati tajam.
Ingat yang Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sentiasa berusaha untuk berubah.
Ingat matlamat dan tujuan hidup ni.
Ingat dosa semalam yang belum lagi diampunkan.
Ingat yang hidup ni penuh dugaan.
Ingat bahawa nak jadi baik tu memang susah.
Okey, aku rasa cukuplah kot. Apa2 pon aku yang kena kuat. Diri aku. Hati aku. Memang kadang2 aku pon tak paham dengan hati aku.
Sekarang ni aku cuma nak fokus pada kerjaya aku, mama dan abah serta janji2 aku pada keluarga aku. Tahu tak apa list to do aku tahun depan?
1) Pergi umrah dengan mama
2) Beli rumah? =p
3) Bawa family bercuti ke Kota Kinabalu
4) Pakai braces
5) Sponsor kakak pakai braces
Hmmm..rasanya tu jela kot. Aku ni nak kena basuh baju sebab esok kerja. Tapi sebelum tu nak layan tv dulu.
Bye!
Saturday, August 13, 2011
What kind of Girlfriend are you
Your Result
You respresent the balance between the push over girl freind and the way too high strong girlfreind. You know when to forgive your beau when he makes a mistake. And when to be mad, because he was just plain out worng. Just make sure to keep that balance
ps: I dunno. You tell me.
Friday, August 12, 2011
Are you a heartbreaker
You're not a Heart Breaker!:D
You like having a serious relationship. And when it comes to an end, you're not the one who usually breaks it. You like having long relationships, and you pay attention to the personality more than looks. So keep living your life like it is, and look forward to a happy steady life :D
ps: Kalo cakap pasal sape yang selalu end relationship, aku pernah buat sekali je. So betollah apa yang tulis kat atas tu. =p Yes, i like having long relationships but i never been once. Maybe it is not the right time yet.
Thursday, August 11, 2011
Which Guy Should You Date
Nick
He's depresssed, all the time. But once you know him, he gets happier. He IS emo, and is constantly cutting himself. He can make you laugh though. You just have to get to know him. He will become protective. He's into heavy metal and screamo. If your into emos, go after him. Have fun with your emo.
ps: I think I've found one and lost him. Yup, he is emo and then be happier once we are together. He said I have changed him a lot. Changed him for better. But then he left me and makes me be a better person. Yes, he is protective. I love the way he protect me, care for me. He listens to heavy metal which is actually I cannot stand. He is now just a sweet memory for me.
What Kind of Coffee Are You
Frappucino
You are lively and fun! People will always enjoy you! But don't be too crazy. You'll creep people out...
ps: Fun keeee? Macam tak jeeee. Aku tak rasa aku frappucino. Crazy tu mungkin ya. Hahahaha. Dan creeping people out tu ye. Tapi fun tu mungkin bukan sepanjang masa. Maybe applicable when it is the right time at the right place with the right people only. But the whole time? No way!
Who are you
You're a Lexxy!
You are a Lexxy! Otherwize known as, sexxy lexxy! Although you may come across as a flirt, you can be in a real relationship! You don't give a beep about what people think, good! You will stand up for your friends and anyone that comes in your way will be taken down! You are very optomistic and that's an amazing trait to have! Keep on being sexxy lexxy!
ps: Aku tak rasa aku seksi ponnnn. Celah mana nak seksi? Flirting? Soooo not me! Aku biasa2 je. Tak suka nak gedik2 dengan lelaki tapi aku suka berkawan dengan lelaki. The matured one. Sebab somehow I learn something. Don't you?
Do you over react about things
You don't over react
You handle things in the way that they need to be handle. You let things go when they need to be and address things that needs to be addressed. You've found a happy medium.
ps: Betol la kot. Nak over react pon watpe. Wat penat.
Wednesday, August 10, 2011
Introvert, extrovert or somewhere in between
Somewhere in between
Itu yang aku selalu rasa pon. Kadang2 when in a group dan kawan2 aku bercakap, seriously rasa left out. Sebab topic tu aku tak taw, tak paham atau tak interested. Dan instead of hanging and gossiping, I choose to read blog, novel and article. Sebab interest aku dan mereka tak sama. I don't listen to the same music like them, I don't watch the same movie and I don't read the same books. After all, I'm glad I have all of you as my friends even though we are different. =)
Cinta Muka Buku
Anyway, aku just teringat ada sekali tu berebut bayar parking dengan dia. Aku nak bayar sebab wallet dia tertinggal dalam kereta. Kitorang masuk mall tu tak sampai sejam pon. Tapi dia tak nak aku bayarkan. Lelaki kan. Mana nak awek bayarkan. Maruah beb! Tapi masalahnya wallet tertinggal. Pastu dia soh aku tunggu situ jap. Nak pergi amek wallet. Ko ingat aku nak tunggu? Jangan harap! Hahahaha.
Yang kelakarnya, ada sorang budak kecik ni dok maen depan mesin tiket tu. So dia kiranya menghalang aku nak masukkan kad parking tu la. Oh, kad parking tu aku pegang sebab aku perempuan. =p takde kena mengena! Hahahaha.
So, dia happy la sebab budak tu halang aku nak bayar. Tapi ingat aku nak dok senyap je? Memang taklah! Akhirnya berjaya juga aku masukkan kad tu dalam mesin. Muahahaha. Aku suka bila aku menang. Dan taw tak berapa charge parking tu? RM0.00! Kuang kuang kuang.
Beriya2 nak soh aku tunggu kat mesin. Beriya2 nak pergi amek wallet. Beriya2 halang aku nak bayar. Last2 takde charge pon! Hahahaha
Ok, moment tu sangat sweet pada aku. Anyway, itu semua tinggal kenangan je.
Ok, bai!
Monday, July 18, 2011
Silent Mode
Yes, i am in silent mode now.
I dunno why. Maybe due to PMS but seriously i just dont want to talk. Not like the normal day where i keep talking and talking.
And to be specific i dont want to talk to my dearest friends. I just talk when it is necessary where it is very unusual as i am so talkative.
Actually this is not the first time. Just so you know, one of the symptom of my PMS is silent mode. heheheheh.
So, please be silent around me and dont talk to me because im not interesting to talk back to you.
Bye!
Monday, July 4, 2011
Hari ni ada test!
Pagi tadi alhamdulillah aku bangun solat Subuh. Honestly, kadang2 memang terbabas. Dan aku siap breakfast bihun sup dan teacino. Pastu study untuk test arini sambil2 tweet supaya tak mengantuk. Kalau tak memang dah la bum! atas katil. Dan juga blogwalking. Hahahaha. Multitasking sangat!
Pastu kol 11 aku ada kelas. Aku pergi gak walaupon tak habes study lagi. Well, kalau tak penting sangat aku memang elakkan ponteng kelas. Lagipon kelas kejap je, 2 jam. Bukan susah. Pergi, duduk, balik. Senang kan?
Haaa, masa ke kelas, aku drive. Kete abang aku plak tu. Dan aku macam tak berapa center sket otak arini, aku men acah2 pedestrians plak. Brek elok je dekat ngan budak tu pastu aku hon. Hahahaha. Sape soh tak toleh kiri kanan. Tapi aku pon tak patut buat macam tu. Kalau salah bajet, memang polis la jawabnya. Hish!
Balik tu, member aku pesan drive elok2. Aku pon dah insaf. Takmo men2 da. Selagi salah bajet, aku langgar divider. Aiseyh! Habeslah! Jatuh skirt kiri. DUET AKU!!!!
2 minggu lepas orang langgar, jatuh skirt kanan. Ni kiri plak. Semput jugaklah aku berlari amek skirt yang jatuh. Pastu kol abah. Abah the bestlah! Rilex je. Aku pon rilex. Dah berpengalaman la orang kata. Cuma duet aku je akan melayang. Baru masuk kot. Tak sempat nak shopping!
Anyway, sejam lagi aku test dan esok baru aku anta bini angah pergi make up. Hai, macam2 jadikan. Tapi aku fikir positif. Abah pon call tenangkan aku. Aku anggap ni peringatan Allah. Allah sayang aku, so Allah bagi ujian macam ni.
Semalam cousin aku hantar msg, ujian Allah ada 2. Masa lapang dan kesihatan. Somehow, nilah ujiannya untuk aku. Kesihatan which is ketenangan hati aku. Macam mana pon, ni lah ujian yang aku kena tempuhi.
Bila tengok dari sudut lain, perkara2 macam ni buat aku lagi rapat dengan abah. =) Abah, Anis sayang abah. *hugs*
Aku tak baik, tak sebaik wanita2 muslimah yang lain. Tapi aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri aku. Sebab aku nakkan jodoh yang baik. Aku taw banyak cacat cela aku. Tapi aku percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Mama pesan hidup jangan menyesal. Aku tambah, tempuhi dengan kesabaran dan doa.
Assalamualaikum wbt~
Sunday, July 3, 2011
Masalah
Masak untuk aku dan rumet aku.
Sejam berlalu, periuk tu ada short.
Akhirnya di konklusikan sebagai rosak.
Aku end up habeskan 2 jam untuk masak dan makan.
Dan rumet aku tidur sebaik sahaja aku selesai masak.
Petanda mungkin dia marah kerana periuk dia rosak.
Aku salah ke?
Mula2 elok je.
Argh, satu hal nak kena minta maaf dan selesaikan segala kemelut.
Penat ah cmni.
Niat baik aku akhirnya menjadi tak bererti.
Moga semuanya akan berakhir dengan baik.
ps: periuk aku pernah rosak semasa orang lain gunakan. But hey, i put the blame on me. So, why dont others do the same?
Ya, aku terlupa.
Kita semua tak sama. Manusia ni lain2 perangai.
Jomlah study.
Bye.
Assalamualaikum.
Friday, July 1, 2011
Untuk awak
Dalam mimpi tu, saya ada cakap,
Tapi kalau ikut tafsir mimpi, kalau kita mimpi seseorang itu meninggal, maknanya umur dia panjang. So, saya harap realitinya awak sihat dan panjang umur.
Saya takkan buat apa2 untuk pastikan mimpi saya tu salah. Sebab saya tak nak kacau awak dah. Saya cuma berdoa yang terbaik untuk awak. Saya tahu awak tak nak di ganggu. Saya hormat keputusan awak.
ps: Malam ni harapnya mimpi yang baik2 aje. =)
Thursday, June 30, 2011
Ciri-ciri pakwe idaman
Hehe..tetibe aku dapat idea nak tulis apa. Sejak2 dah single nih, ada gak sorang dua member nak tolong menjodohkan aku dengan si polan si polan. Tapi malangnya aku tak berminat. Yelah, aku tengah berduka kot. Kenangan itu tak mudah hilang, pengganti itu bukan senang dicari. Ewah, bermadah plak!
So, bila aku asyek mereject si polan si polan yang dikenenkan, maka terdengarlah suara2 sumbang member2 aku bahawasanya aku ni nak boyfriend yang hensem je. Yelah, si polan si polan tu tak boleh menandingi ex-ex aku. Hahahaha. Ramai la plak ex aku nih. =p
Maka, betol ke aku ni nak boyfriend hensem je? Of course! Sapa yang nak boyfriend/girlfriend yang tak berkenan mata memandang kan? Tapi hensem macam mana yang aku nak? Haaaaaa...jawapan tu hanya ada kat aku je. Yelah, boyfriend aku, bukan boyfriend kau! hahaahah, ayat macam nak kena penampar kan? =p
Well, hensem di sini ialah bila aku suka tengok kau, hati aku berdebar2 dan aku akan senyum sepanjang hari bila nampak kau. Haaaaa, tak semestinya mamat tu hensem satu kolej tahu maka aku pon akan mengaku dia hensem. No no no! Hensem ini pada definisi aku je. Mamat well known handsome tahap gaban tak semestinya hensem di mata aku. Kalau tak, dah lama aku dok jatuh cinta kat sume bebudak laki kolej aku yang digembar gemburkan hensem. But hey! Taste kita semua tak sama okey! Kau rasa hensem, aku rasa tak. So thats why tak perlu sebok2 carikan jodoh untuk aku. Hahahaha.
Hensem tu perkara pertama. Tapi mesti orang kutuk2 aku kan cakap, "Eleh, macam lah kau cantek sangat yang nak boyfriend hensem!" So what? Peduli hape aku. Boyfriend aku, suka hati akulah nak yang hensem2 je. Kalau muka dia pon aku meyampah nak tengok, macam mana aku nak sayang dan jatuh cinta. Betul tak? Lagipon, pernah dengar tak orang kata, selalu pompuan tak bape nak cantek ni, boyfriend dia mesti hensem. Haaaa, akulah orang tu! Hahahaha *sila tampar diri sendiri*
Itu dari segi luaran la. Kalau dari segi perangai, aku sebenarnya suka kalau dapat boyfriend yang king control. Pelik tak? Hahahaha. Bukan hape, aku ni jenis tahu apa aku nak. Jenis independent dengan life aku. So kalau dapat boyfriend yang jenis gagal bersuara nih, maka akan menyebabkan aku jadi Queen Control and somehow aku rasa itu akan membuatkan dia loser. Hahahaha. Kejam! So aku nak lelaki yang boleh control aku. Lagi pon kalau jodoh panjang dan kita orang kawen, haaaaa nayalah hidup lelaki tu. Silap2 memberontak pastu kawen laen! Mampos!
Hahahaha.. dah melalut sangat plak. Tapi best gak tulis entry macam ni. Kalau tak asyek emo je. Well, somtimes aku tahu je nak gelak. Kemon laaaa..dalam hidup ni ada macam2 rasa. Pahit, manis, masam, masin..Kita tentukanlah nak rasa apa. Tapi manis selalu pon tak bagus jugak. Nanti kena kencing manis. Sesekali pahit apa salahnya. Betul tak?
So, enjoylah life ni sebaek2nya. Single tak semestinya pahit. Bercouple tak semestinya manis. Sendiri mau rasalah!
Bubbye~
Wednesday, June 22, 2011
The fact that I just realize
Even thought you are the one who broke my heart.
Because I can still smile everytime I hear your name.
And your name still running out from my mouth.
Because I think you are still in my heart.
Is it true?
Thursday, June 16, 2011
Merajuk
Aku taw aku masih lagi terluka. Tapi ini yang terbaik untuk aku. Menjauhi perbuatan yang menghampiri zina. Aku faham perasaan sayang yang sanggup buat apa saja. Mujur aku tak sampai ke tahap tu.
Aku masih lagi terkenang. Susah nak lupa. Tapi aku akan cuba. Sekarang ni pula, aku tengah dalam mode sentimental,lagilah asyik mata nih bergenang.
Aku berdoa moga aku diberikan yang terbaek dalam hidup ini. Amin.
Sunday, June 5, 2011
S.A.L.A.H
Rasa mengkhianati.
Rasa dikhianati.
Tapi aku lebih terluka.
Sebab dikhianati.
Dan disalaherti.
Mungkin hidup ini memang tak perlukan kepercayaan.
Mungkin kepercayaan itu sesuatu yang mustahil.
Mungkin aku yang terlalu mempercayai.
Adakah mustahil untuk hidup dengan kepercayaan?
Mungkin aku bukan orang yang layak untuk cakap pasal kepercayaan.
Tapi aku tak pernah berniat untuk mengkhianati.
Sesiapa pun.
Apatah lagi engkau.
Kenapa susah untuk percaya?
Tak faham derita yang aku rasa.
Tapi berlagak faham niat aku yang tak pernah ada?
Ini semua hanya merosakkan kita.
Maafkan aku kalau engkau terasa.
Tapi aku hanya manusia biasa.
Yang akan menjauh bila terluka.
Friday, May 27, 2011
Dugaanku

Dia cakap mata aku selalu bergenang,
Bukan aku lemah,
Tapi sedang mencari kekuatan,
Ujian yang datang tiba-tiba,
Aku tahu aku tak kuat,
Tapi aku perlu tabah.
Setiap ujian yang datang itu petanda Allah s.w.t mahu kita dekat pada-Nya. Aku tak mahu jauh dari Dia. Dia sumber kekuatan aku yang hakiki. Siapa aku untuk melawan ketentuan-Nya.
Aku tak layak langsung.
Racun yang satu : Putus asa
Aku perlu terus berusaha. Aku tak akan putus asa tetapi kadang-kadang aku berhenti sejenak. Untuk menghela nafas dan melepaskan lelah.
Untuk mencari kekuatan yang hilang.
Wednesday, May 11, 2011
#How to vanish you from my head and maybe heart
Since you said the reason why you gave it to me is to make me always remember you.
To make it my 'bantal busuk'
To make it the one that I love the most.
Can I forget you when Cik Lan Buncit is no longer with me?
When it is no longer accompany my night and no longer with me to treasure my dream?
Can it really work?
Can you answer me?
Tuesday, May 3, 2011
Perpisahan Ini
Atau pon aku harap dia tahu kewujudan blog ni dan tahu apa rasa hati aku sebenarnya. Rasa hati aku bila dia tinggalkan aku. Rasa saket hati ni. Rasa kecewa aku. Rasa terkilan hati aku.
Aku dah maafkan dia. Tapi aku masih tak boleh lupakan dia. Kadang2 nak wat gak kerja gila cari someone untuk distract ingatan aku dari dia tapi itu membohongi diri sendiri namanya. Apa2 pon aku bahagia menjadi single sekarang.
Lagu Perpisahan Ini nyanyian 1st Edition feat Aizat Amdan sangat berkesan di hati aku. Aku nak upload video tapi cam leceh plak. So kasi lirik je la.
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Monday, May 2, 2011
My Wish Lists!
1) Jam tangan Fossil - ini hanya akan jadi kenyataan kalau aku dapat kekalkan Dean List untuk sem ni. Boleh je nak mama belikan tapi rasa tak best sebab dah dua kali mama belikan jam tangan tapi aku hilangkan. Dulu dia nak belikan gak tapi tak sempat. So, memandangkan takde sape nak belikan, maka baeklah aku beli sendiri. Actually first time nak beli sumting yang mahal untuk diri sendiri. Pelik tak?
2) Sling bag - ini perlu sebab kalau travel, aku tak berapa gemar bawa handbag. Leceh. Lagi pun bila aku tengok pic aku pakai sling bag, aku rasa cool. Hahahahaha
3) Kamera - tak sure lagi jenama apa atau jenis yang macam mana. Tapi ni maybe after grad kot. Gila la kalau nak beli sekarang. Agak melampau sikit budget dia. Kiranya yang ni hadiah sebab dah grad la. hahahahaha. Reason kenapa aku nak kamera..hmm..sebab gmbr yang kt post sebelom nih. Rasa best lak kalau dapat amek gambar sentimental banyak2. Gambar yang ada maksud mendalam. Bukan sekadar gambar yang ade muka aku dok senyum girang je. Kiranya nak berkarya la skang. hahahaha.. berangan Anis, berangan!
Tu ajelah setakat ni. So, kenalah pandai2 simpan duet start dari skang untuk beli benda alah tiga nih. Maknanya, takle dahlah nak shopping2 baju. Hadoii..takpe2, baju dah berlambak. Aku nak beli gak tiga benda di atas. Hahaha..
Assalamualaikum wbt~
Sunday, May 1, 2011
PERINGATAN!!!
Arghhhhh!!!! Geram!!!!!!!!
Okey, (tarik nafas dalam2) mungkin bukan rezeki. Learn the hard way baby then you will be more grateful.
Astagfirullah al azim~
The way I feel
Tuesday, April 26, 2011
High Expectation!
Mungkin sebab aku terlalu mengharapkan sesuatu yang sempurna. Padahal memang dah tahu dan sedia maklum yang manusia ni apatah lagi orang macam aku ni tak akan jadi sempurna. Tapi perasaan untuk buat yang terbaik pada diri sendiri dan keluarga aku buat aku jadi macam ni.
Aku rasa kecewa. kecewa dengan diri aku. Lagi menambahkan kekecewaan tu sebab aku tak reti nak menghargai peluang depan mata. tak tahulah. tapi aku memang kecewa.
Mama, Abah,
Anis nak jadi yang terbaik. Anis nak banggakan Mama dan Abah. Tapi mungkin Anis terlalu paksa diri untuk jadi sempurna. Sampai Anis lupa manusia ni diciptakan dengan kekurangan dan rasa bersyukur. Mungkin Anis ni kurang rasa syukur sebab tu Allah uji Anis macam ni. Mungkin sebab Anis kadang2 lupa dan lalai pada Allah maka Allah ingatkan Anis dengan cara macam ni. Anis sentiasa nak jadi baik dan terbaik. Bukan dengan niat nak menunjuk2 atau nak bangga diri. Sebab Anis nak bahagiakan Mama dan Abah. Tak nak Mama dan Abah risaukan Anis. Tapi Anis lupa. Anis ni manusia biasa je. Yang kadang2 memang akan kalah.
Aku memang bertuah ada kawan2 yang sudi dengar dan nasihatkan aku. Tapi walau banyak mana pon nasihat yang orang bagi, semuanya terpulang pada aku. Kalau aku tak nak berubah, tiada apa pon yang akan berubah. Dan akhirnya aku yang akan makin kecewa. Kecewa dengan diri sendiri.
So, hari ini aku berazam nak siapkan report FYP aku. Oh, mungkin ini pon ley dikategorikan sebagai harapan yang terlalu tinggi? Tak! Aku nak berusaha siapkan report dengan bersungguh2. Yup, itu baru betul.
Sekian,
Assalamualaikum wbt~
Tuesday, April 19, 2011
Aik? Ley percaya ke ni?
Actually aku dah tulis entry panjang lebar tapi rasa cam tak perlu kot nak cerita. Simpan sorang sudey. Panjang sangat pon sampai aku pon malas nak teruskan. Spotlightnya pendek je.
Pagi ahad tu, aku tido balik pas subuh. Lagi pon malam tu tido lambat gila. Kol 3 kot. Then masa tido tu aku rasa cam ade orang belek2 tangan aku. Aku punya pose time tido ni memang la pelik. aku tido atas sofa kat ruang tamu. Tangan kanan peluk Patrick (bukan nama sebenar), tangan kiri plak aku hulurkan ke atas. Bukan tegak 90 darjah. Macam kalo ko berdiri, then ko angkat tangan ke atas. Haaa, bezanya aku tengah baring time tu.
So, aku rasa ade orang belek tangan kiri aku. Aku dah sedar la time tu. tapi aku tak buka mata. selalu memang cmtu pon. dah sedar tapi malas nak bangun. so tak akan buka mata. selagi rasa nak berbaring dan sambung tido, aku tak akan buka mata. btw, aku ni jenis senang terjaga gak la. tapi suke pura2 masih tido.hahahah..
then aku pon terpiki2, sapelah yang dok belek tangan aku ni. kakak aku sorang je suke wat keje nih. tapi dia takde kat umah skang. Aten? takde keje la dak sorang tu nak kaco aku tido. Pastu aku teka maksu aku. lama2 tu konfem la dia. tak taw la ape yang dibuatnya kat tangan aku tuh. aku biar je la. then aku pon tertido.
petang tu time siap2 nak kua lunch, maksu cte la kat aku. dia tilik tangan aku tadi time aku tido.oooo.tilik tangan rupanya. benda2 cmni memang menarik. aku suka. dengar takpe, percaya jangan! nanti syirik plak.
so, maksu kate aku anak nanti 2 orang je. cis! aku plan nak anak 7 kot. tapi aritu pikir2 balik nak 3 atau 4 aje la. kalo 3 lagi ok kot. senang nak susun anak dalam kete. ehehehe..
then maksu kate aku ni boyfriend ramai. uiks? haaa...ni la spotlightnya!!!! maksu kata ada la dalam 7 atau 8 orang. maigoooodddd.. aku cakap kat maksu, penat la cmni. nak kena putus cinta je. letih taw! pastu bile tnya2 lagi, maksu corner cte laen. eleh! tak nak kasi taw la tu. takpe2.
FYI, aku skang ni sedang membina semangat diri untuk jadi kuat dan tak tergugat. Dan aku sangat2 berharap aku tak akan couple lagi. Its not like I am really hurt. It is not worth it to be hurt for a long time for someone who is not worth to have me. Aku cuma tak nak lagi terjebak. Dan aku buat ni semua demi mengharapkan keredhaan-Nya.
Btw, aku ade baca artikel. Dia tulis, ada 2 cara untuk mendapat jodoh yang baek. Pertama, jadilah orang yang baek sebab perempuan yang baek hanya untuk lelaki yang baek dan begitulah sebaliknya. memang susah nak jadi baek tapi apa salahnya mencuba berubah ke arah kebaikan kan? Pahala dapat, dosa pon kurang. Kedua, melalui pilihan orang2 yang baek macam alim ulama atau ibu bapa kita. well, aku rasa dua2 cara pon aku nak follow. Kalau parents aku carikan jodoh, aku akan consider la lelaki tu. tapi aku pon nak la jadi baek supaya dapat jodoh yang baek. hehehehe..
So, nak siapkan report ni. Besok nak anta. Harap2 la dapat siapkan malam ni. Banyak sangat melengah2.
Assalamualaikum~
Monday, April 4, 2011
Hati Aku
Aku tak tahu kenapa dengan hati aku ni. Asyik tak tenteram. Sekarang aku dah boleh solat, so boleh la mengaji untuk kurangkan resah. Tapi hati ni. Kenapa CIk Hati? Apa yang kau asyik debarkan tu? Aku tahu ni bukan pasal study.
Ya Allah..
Aku tak tahu macam mana nak buat untuk kasi hati ni sentiasa tenang. Tangan ni asyik gatal search benda2 yang akan buat hati aku resah. Tapi kenapa hati ni perlu resah? Aku bernafas sekarang pon tak teratur. Hati aku degup2 laju sangat. Pastu rasa macam nak terkeluar tak pon nak meletup2 kat dalam dada ni.
Ya Allah..
Tolonglah hamba Mu ini. Aku cuba bertenang dan bertenang. Tapi hati ini melawan kehendak akal dan fikiran. Akal dan fikiran pula asyik menari idea menduga hati ini. Macam mana aku nak bertahan?
Kenapa niat, hati, akal dan fikiran aku melawan sesama sendiri? Kenapa korang tak nak bersatu dan tenangkan aku ni?
Aku rasa ada satu penyelesaian tapi bila aku fikir2 balik, itu bukan penyelesaian. Itu melarikan diri dari kenyataan. Sebenarnya selama ni, aku selalu buat macam tu. Aku ni pengecut. Takut hati aku sakit, maka aku larikan diri.
Kenapa aku tak boleh jadi berani?
Beranilah terima kenyataan Anis!
Saturday, April 2, 2011
baru sedar diri
so bila aku pikir2 balik, aku rasa bagus juga aku ada blog ni. kononnya boleh la aku tengok perubahan diri aku sendiri. yelah, tak akan nak wat video pula. rajin sangat tu. walaupun aku jarang update blog ni, tapi sekali sekala bila aku update tu, post tu datang dari hati. apa yang aku rasa masa tu, aku yang aku fikir. so post aku semuanya ikhlas la. gituuuu...
So, Nur Anis, ingat ni. Hidup ni memang susah, memang banyak dugaan. Apa yang salah tu tetap salah, jangan ikutkan hati. Memang susah nak lawan godaan hati tu tapi cubalah untuk berlawan. jangan mengalah. Jangan jadi terlalu lemah. Memang mengalir air mata itu bukan semestinya tanda kita lemah tetapi biarlah air mata itu mengalir untuk perkara yang berfaedah. Mengalirlah air mata kerana dosa yang kau lakukan. Jadilah hamba-Nya yang taat, anak yang solehah, sahabat yang baik dan insya Allah isteri yang diredhai. Setiap yang berlaku ada hikmatnya. Kuatkanlah hati itu. bila kau rasa lemah, mohonlah pada-Nya kekuatan.
Ingat ayat ni, kadang2 apa yang kita suka tak semestinya yang terbaek untuk kita dan kadang2 apa yang kita benci mungkin yang terbaek untuk kita. Jodoh ajal pertemuan memang dah ditetapkan untuk setiap hamba-Nya. Bersabarlah menunggu masa yang sesuai.
Hiduplah dengan restu dan redha Ilahi. berhentilah berharap kasih sayang dan perhatian manusia yang tidak kekal. Kasih sayang Allah swt yang patut dikejar. Berubahlah Anis. Berubahlah menjadi lebih baik dari semalam.
Senyumlah dengan kebahagiaan orang lain dan jangan berhenti berdoa dan berusaha. Mungkin Allah lambat memakbulkan doa kerana masanya belum tiba. Mungkin Allah tak memakbulkan doa kau kerana ada perkara yang labih baek telah tersedia untuk kau. Mungkin Allah memakbulkan doa kau untuk menguji keimanan kau.
Hiduplah dalam kesederhanaan dan penuh kesyukuran. Bersyukurlah kerana masih bernafas hari ini dan masih berpeluang untuk bersyukur.
Assalamualaikum~
Thursday, March 31, 2011
I know I am stronger than i thought
Last week jumpa family, rasa seronok. Tak sangka balik u jadi macam ni. Tapi aku sedar dari last week aku macam tak berapa kena rentak kat u. tak tahu kenapa. bila dapat jumpa family, rasa release la tension.
aku dah berpisah dengan dia pada 7 Mac 2011. 10 bulan je kami bersama. tak sangka macam ni akhirnya. betapa aku harap dapat hidup bersama dia. keliling aku masih ada barang2 dari dia. even skang ni pon aku tengah pakai tshirt dia. tapi berita ni tak adalah mengejutkan sangat. sebab dah beberapa bulan aku perasan perubahan kami. dah tak mesra macam dulu. bila aku cuba muhasabah diri, aku sedar hubungan ni tak direstui. Mama tak setuju aku couple masa final year dan hubungan ni pon Allah murka. Mungkin ini adalah petanda yang Dia sayang pada aku dan tak nak aku terus lalai dan terleka. Aku tahu aku lalai selama ni. Tapi perasaan ni memang kuat. Yelah, ada sokong dari syaitan kan. hmmm..alhamdulillah aku berjaya keluar dari zina kecil ni. Aku selalu cuba pandang dari sudut positif bila benda2 yang menyedihkan jadi kat aku. itu cara untuk aku jadi lebih kuat.
Bila kami berpisah, terus terang aku terluka sangat2. mungkin sebab aku sayang dia sangat2. tapi bila aku terluka macam ni, aku rasa tak nak dah terlibat dengan ni sume. dulu aku cuba bina kekuatan dalam diri aku untuk hidup sendiri bila berpisah masa kali kedua. tapi aku tahu, aku tak kuat mana pon masa tu. Maka Allah bantu aku dengan kasi musibah lain iaitu aku kemalangan. Aku pandang kemalangan tu sebagai ingatan pada aku. supaya sedar tujuan sebenar aku iaitu belajar. Alhamdulillah aku berjaya lulus semester tu dengan result yg bagus walaupun turun dari result sebelumnya. tapi aku tahu masa tu aku masih lemah lagi. hati aku lemah.
tapi skang, aku rasa aku kuat. aku perlukan 3 hari je untuk lupakan dia. sejak last msg dengan dia, aku dah tak contact dia. i have no reason to contact him. because i realize he is too good in hurting my heart now. even kawan2 cakap msg la dia. aku tak msg. walaupun msg tu percuma. aku tak ada alasan untuk contact dia. dan aku tak perlukan alasan tu.
tapi minggu ni bila macam2 masalah datang dan malam semalam, buat aku teringat kat dia. teringat kenangan2 kami. hari ni dan semalam emosi aku terganggu sangat. aku rasa serabut dan bercelaru. betapa lemahnya manusia ni kan. tapi skang, bila aku borak2 dan chatting2. aku sedar. aku pon lemah. walau aku cuba kata berulang kali yang aku kuat. aku masih insan biasa. insan yang lemah.
tapi aku bersyukur. aku dah terhindar dari perbuatan2 yang dimurkai Nya. lepas 12 tengah malam ni, tamat la 31 March 2011. dan aku mahu jadi lebih kuat dan pemaaf. minta maaf tak bererti salah atau lemah. tapi petanda kita lebih kuat. aku pernah terlintas dalam fikiran untuk buat benda yang salah dan aku hampir terjerumus membuat perkara2 itu. syukur Allah masih sayang aku dan lindungi aku dari terhindar.
Kawan lelaki aku pernah pesan pada aku dulu, "kalau lelaki tu sayang kau, dia tak akan pegang kau". Aku faham maksud dia. aku pernah terbaca satu ayat ni, "Jadilah buah yang masak ranum di pokoknya dan hanya dipetik apabila masak. Jangan jadi buah yang jatuh di tanah dan busuk". Faham tak maksud dia? Pada kaum wanita, maruahlah yang paling penting untuk dijaga. Maruah tak bermaksud hanya kesucian tapi harga diri. Maruah itu yang dipandang agar kita dihormati oleh kaum lelaki.
Aku tulis2 macam ni bukan bermaksud nak tunjuk pandai. Aku pon banyak kelemahan dan buat kesalahan. Cuma aku harap satu hari kalau aku buat silap, ada orang yang menegur aku. Agar aku berubah jadi lebih baik. Dan yang penting ingat, dosa dan kesalahan yang kita buat itu bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.
Assalamualaikum.