Thursday, June 30, 2011

Ciri-ciri pakwe idaman

Assalamualaikum,

Hehe..tetibe aku dapat idea nak tulis apa. Sejak2 dah single nih, ada gak sorang dua member nak tolong menjodohkan aku dengan si polan si polan. Tapi malangnya aku tak berminat. Yelah, aku tengah berduka kot. Kenangan itu tak mudah hilang, pengganti itu bukan senang dicari. Ewah, bermadah plak!

So, bila aku asyek mereject si polan si polan yang dikenenkan, maka terdengarlah suara2 sumbang member2 aku bahawasanya aku ni nak boyfriend yang hensem je. Yelah, si polan si polan tu tak boleh menandingi ex-ex aku. Hahahaha. Ramai la plak ex aku nih. =p

Maka, betol ke aku ni nak boyfriend hensem je? Of course! Sapa yang nak boyfriend/girlfriend yang tak berkenan mata memandang kan? Tapi hensem macam mana yang aku nak? Haaaaaa...jawapan tu hanya ada kat aku je. Yelah, boyfriend aku, bukan boyfriend kau! hahaahah, ayat macam nak kena penampar kan? =p

Well, hensem di sini ialah bila aku suka tengok kau, hati aku berdebar2 dan aku akan senyum sepanjang hari bila nampak kau. Haaaaa, tak semestinya mamat tu hensem satu kolej tahu maka aku pon akan mengaku dia hensem. No no no! Hensem ini pada definisi aku je. Mamat well known handsome tahap gaban tak semestinya hensem di mata aku. Kalau tak, dah lama aku dok jatuh cinta kat sume bebudak laki kolej aku yang digembar gemburkan hensem. But hey! Taste kita semua tak sama okey! Kau rasa hensem, aku rasa tak. So thats why tak perlu sebok2 carikan jodoh untuk aku. Hahahaha.

Hensem tu perkara pertama. Tapi mesti orang kutuk2 aku kan cakap, "Eleh, macam lah kau cantek sangat yang nak boyfriend hensem!" So what? Peduli hape aku. Boyfriend aku, suka hati akulah nak yang hensem2 je. Kalau muka dia pon aku meyampah nak tengok, macam mana aku nak sayang dan jatuh cinta. Betul tak? Lagipon, pernah dengar tak orang kata, selalu pompuan tak bape nak cantek ni, boyfriend dia mesti hensem. Haaaa, akulah orang tu! Hahahaha *sila tampar diri sendiri*

Itu dari segi luaran la. Kalau dari segi perangai, aku sebenarnya suka kalau dapat boyfriend yang king control. Pelik tak? Hahahaha. Bukan hape, aku ni jenis tahu apa aku nak. Jenis independent dengan life aku. So kalau dapat boyfriend yang jenis gagal bersuara nih, maka akan menyebabkan aku jadi Queen Control and somehow aku rasa itu akan membuatkan dia loser. Hahahaha. Kejam! So aku nak lelaki yang boleh control aku. Lagi pon kalau jodoh panjang dan kita orang kawen, haaaaa nayalah hidup lelaki tu. Silap2 memberontak pastu kawen laen! Mampos!

Hahahaha.. dah melalut sangat plak. Tapi best gak tulis entry macam ni. Kalau tak asyek emo je. Well, somtimes aku tahu je nak gelak. Kemon laaaa..dalam hidup ni ada macam2 rasa. Pahit, manis, masam, masin..Kita tentukanlah nak rasa apa. Tapi manis selalu pon tak bagus jugak. Nanti kena kencing manis. Sesekali pahit apa salahnya. Betul tak?

So, enjoylah life ni sebaek2nya. Single tak semestinya pahit. Bercouple tak semestinya manis. Sendiri mau rasalah!

Bubbye~

Wednesday, June 22, 2011

The fact that I just realize


I think I'm still in love with you.
Even thought you are the one who broke my heart.
Because I can still smile everytime I hear your name.
And your name still running out from my mouth.
Because I think you are still in my heart.

Is it true?

Thursday, June 16, 2011

Merajuk

Bila cakap pasal kerja, aku mesti akan jawab aku rela kerja jauh2. Rela pergi sini sana. Deep down in my heart, aku taw aku sebenarnya nak bawa diri. Aku cakap aku rela buat macam tu sebab aku nak larikan diri. Nak bawa hati lara ni.

Aku taw aku masih lagi terluka. Tapi ini yang terbaik untuk aku. Menjauhi perbuatan yang menghampiri zina. Aku faham perasaan sayang yang sanggup buat apa saja. Mujur aku tak sampai ke tahap tu.

Aku masih lagi terkenang. Susah nak lupa. Tapi aku akan cuba. Sekarang ni pula, aku tengah dalam mode sentimental,lagilah asyik mata nih bergenang.

Aku berdoa moga aku diberikan yang terbaek dalam hidup ini. Amin.

Sunday, June 5, 2011

S.A.L.A.H

Rasa bersalah.
Rasa mengkhianati.
Rasa dikhianati.
Tapi aku lebih terluka.
Sebab dikhianati.
Dan disalaherti.

Mungkin hidup ini memang tak perlukan kepercayaan.
Mungkin kepercayaan itu sesuatu yang mustahil.
Mungkin aku yang terlalu mempercayai.
Adakah mustahil untuk hidup dengan kepercayaan?
Mungkin aku bukan orang yang layak untuk cakap pasal kepercayaan.

Tapi aku tak pernah berniat untuk mengkhianati.
Sesiapa pun.
Apatah lagi engkau.
Kenapa susah untuk percaya?
Tak faham derita yang aku rasa.
Tapi berlagak faham niat aku yang tak pernah ada?
Ini semua hanya merosakkan kita.
Maafkan aku kalau engkau terasa.
Tapi aku hanya manusia biasa.
Yang akan menjauh bila terluka.