Saturday, October 31, 2009

fish and chips

jangan cakap pasal persahabatan kalau kau sendiri tak tahu menilai.

jangan cuba ukur persahabatan kalau kau sendiri tak tahu mengukur.

jangan cuba bermanis mulut kalau ia sekadar penyedap rasa.

jangan cuba berlagak biasa sedangkan di hati hangat membara.

jangan cuba berlagak bagai kawan kalau dibelakang tak habis mengutuk mengata.

mungkin,
itu bukan maksud sebenar.

mungkin,
itu bukan ditujukan untuk kau.

mungkin,
kau yang terasa pedasnya.

mungkin,
segalanya baru bermula?

tapi kalau
masih belum berakhir,
masih mahu bermain kata,
masih mahu menambah rasa meninggalkan bisa,

silakan.

pintu itu terbuka luas.
sekali melangkah keluar,
jangan kau harap peluang kedua.

mahu pusing kembali?
mengimbau kenangan silam?

ah, lupakan.

selamat tinggal.

pendusta, perosak bangsa, pemusnah negara!

Friday, October 30, 2009

tekun itu fokus

aku nak pergi tidur tapi aku ada satu tanggungjawab wajib yang masih belum dilaksanakan. dan juga satu tanggungjawab sunat yang aku baru sedar aku tak lakukan. tapi itu sunat je. tak buat tak dosa.

tapi yang pasti tanggungjawab yang lain ini, tanggungjawab sebagai pelajar ( ya, poyo tapi nak buat macam mana kan? hahahaha) menghalang rancangan asal aku mahu pulang ke pangkuan keluarga. ceh, pangkuan la sangat.

rancangan asal aku esok adalah balik ke kuala lumpur, bershopping menghabiskan suku duit scholar yang baru masuk ini, sampai di rumah dan makan nasi kerabu yang di beli dari pasar tani putrajaya. tapi itu semua terpaksa digagalkan. kerana apa? ada lagi satu tugasan yang perlu diselesaikan. tahi kucing betul!

besok, aku, rakan1 dan rakan2 mahu membuat kerja ini. sebenarnya ini kerja 5 orang tapi tak apa. rakan1 dan rakan2 dan juga aku mahu bergabung. hahaha. gabungan padulah kata orang.

weekend ini nampaknya akan bosan. aku mahu keluar berhibur tapi tiada yang mahu mengajaknya nampaknya. tapi aku pon bosan mahu ke tempat yang sama berulang kali.

aduhai kuala lumpur, lama sudah tak menghirup udara tercemar itu.

Tuesday, October 27, 2009

asam dan garam

keretakan nampaknya makin ketara. salah siapa? semua orang. masing-masing ada salah termasuk aku. mungkin juga cuma salah faham? entahlah. aku cuba untuk intai peluang membaiki keretakan tapi makin lama aku pula yang terasa retaknya. faham ke? ke ayat aku meretakkan fikiran orang yang membaca ni? hehehe..

kenapa ya macam ni? dulu bukan kita geng besar ke? megah mengatur rancangan dan gerak langkah. berjuang bersama-sama menghadapi peperangan exam yang gerun. gerunlah juga pada aku. kemudian bersama-sama meraikan kejayaan perjuangan. bukan ke dulu kita pernah bergerak untuk pergi bergembira bersama? jauh perjalanan kita dulu. mana silapnya kini?

tekanan ke yang mengubah kita semua? kesibukkan menghadapi hari-hari bergelar pelajar ke yang mengubah kita? atau kerana kita makin rapat maka makin mudah terasa hati? kerana dulu mungkin 'peduli ape aku. aku bukan baik dengan dia pon. lantaklah!' tapi kini 'wey, kata member!'

member. aku suka perkataan ini. kerana member ini lebih dekat pada aku. lebih terbuka pada aku pemikirannya. kata-katanya. kerana dia member. dia tidak menilai kau berdasarkan perasaan. tapi berdasarkan ayat member. dia member yang bersama kau bergembira. dia member yang kau tak perlu risau jika kau berkelakuan tidak berapa sopan sebagai perempuan. hahaha. ini pada aku la. bagitahu aku siapa yang cover cun bila bersama member? setidak-tidaknya bukan aku.

tapi. adakah member ini bersama ketika susah? aku rasa yang ini general. subjektif. terpulang kau mahu menilai. macam mana kau menilai. tapi jangan lupa. kau pun seorang member. cuma dalam hidup ini, jangan terlalu tinggi harapan yang kau letak pada member kau itu. mungkin dia tidak mampu untuk laksanakannya. mungkin dia tidak biasa membuat perkara yang kau harapkan. kerana dia manusia yang tidak lepas membuat silap.

marah itu kadang-kadang tidak dapat dibendung. menyampah itu tidak dapat dihalang. tetapi apabila masanya sudah tiba dan hati kau telah sejuk, maafkanlah member itu. kerana dia dahulu pernah bersama kau mewarnai hari-hari kau yang suram dan menjadikannya ceria. jangan dilupa kenangan bersama suatu ketika dulu. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula ikatan persahabatan.

jadikan perkara yang terjadi kini suatu pengajaran. pengalaman adalah guru paling bermakna. pengalaman itu pengajaran paling berharga.

ketika marahkan seseorang, lihatlah pada diri kita dahulu. mungkin silapnya datang dari kita juga. kerana kita semua manusia biasa.

Sunday, October 25, 2009

Boleh ke aku survive?

Entry ini aku mahu cerita perasaan aku. aku selalunya tulis kt facebook tapi since ayah aku dah ada facebook maka aku rasa malas mahu update. hehehehe. alasan je. tapi tu la connection internet kat UTP ni antara penghalang aku mahu tulis notes di facebook.

Sebenarnya aku ada banyak kerja nak buat ni. so aku buat fast entry jelah.

Aku mahu intern kt Perodua kat Rawang and aku dah cari rumah sewa. Meaning aku akan duduk seorang diri dan harganya dalam RM250. Aku rasa aku mampu bayar sendiri. Jarak rumah ke Perodua hanyalah 3 minit menaiki kenderaan maka aku terpaksa menjadi minah rempit semula. ini bermakna aku kena yakinkan family aku untuk bagi aku bawa motor.

Lastly, aku akan berpeluang untuk berdikari. Dan aku rasa itu sangat cool untuk hidup sendiri di rumah sendiri. Tak kisahlah rumah sewa ke rumah beli ke. Janji aku duduk sendiri.

ye, aku rasa aku cool~