Tuesday, November 22, 2011

Caca marba

Hari ni macam2 jadi. Aku call Mr P then recommended. Alhamdulillah. Nervous gila nak call pon. Berakhir satu penantian. Tunggu jawapan akhir plak pasni.

Aku confirm berhenti kerja kat SK. Last day hujung bulan ni. Lega sangat. Dalam gembira, aku sebenarnya rasa seksa kerja kat sana. Macam mana nak jelaskan? Terlalu rumit yang aku sendiri tak mahu ingatkan dah.

Malaysia menang lawan Indonesia malam ni. Yup! Itu satu berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Aku mesti cakap yang aku bangga. Siapa yang tak bangga wey.

Then aku check email. Member aku cakap dia dah dapat placement. Alhamdulillah, rezeki dia dah sampai. Sambil2 tu scroll fb. Aku tak tahu apa yang buat jantung aku berdegup sumpah gila kencang yang aku rasa sama macam penonton2 yang tengok Malaysia lawan Indonesia tadi. FYI, aku tak tengok sebab aku kerja.

Demmit! Perasaan tu datang balik. Aku sure yang aku ok tapi apasal jantung aku nih? I guess it is juat a natural response. Dan itulah sebab utama aku menulis malam ni. Aku tak boleh luahkan pada sesiapa sebab ini bukan benda yang aku nak bincangkan. Aku hanya nak luahkan dan inilah tempat terbaik.

So, untuk atasi masalah bodoh ni, aku kena ingatkan diri aku niat dan matlamat aku. Sekali lagi. Sebab manusia mudah lupa dan kena selalu diingatkan.

Nur Anis,
Ingat tak janji nak berubah? Untuk tidak lagi terlibat dalam segala kancah2 ni?
Ingat janji pada Allah, pada diri sendiri.
Ingat yang luka semalam masih lagi berdarah dan tak sembuh. Jangan robekkan lagi dengan cuka dan belati tajam.
Ingat yang Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sentiasa berusaha untuk berubah.
Ingat matlamat dan tujuan hidup ni.
Ingat dosa semalam yang belum lagi diampunkan.
Ingat yang hidup ni penuh dugaan.
Ingat bahawa nak jadi baik tu memang susah.

Okey, aku rasa cukuplah kot. Apa2 pon aku yang kena kuat. Diri aku. Hati aku. Memang kadang2 aku pon tak paham dengan hati aku.

Sekarang ni aku cuma nak fokus pada kerjaya aku, mama dan abah serta janji2 aku pada keluarga aku. Tahu tak apa list to do aku tahun depan?

1) Pergi umrah dengan mama
2) Beli rumah? =p
3) Bawa family bercuti ke Kota Kinabalu
4) Pakai braces
5) Sponsor kakak pakai braces

Hmmm..rasanya tu jela kot. Aku ni nak kena basuh baju sebab esok kerja. Tapi sebelum tu nak layan tv dulu.

Bye!