Tuesday, November 17, 2009

Mungkin Nanti

Lagu nyanyian Peterpan ni mula popular masa aku form 5. Lagu ni pada aku sangat mendalam maksud dia. Bila aku dengar je mesti banyak kenangan-kenangan yang akan berlegar-legar dalam kepala aku ni. Sentimental sangat lagu ni.

Lagu ni favourite salah seorang classmate aku. Kami rapat dulu. Dan sebab satu benda bodoh, sampai sekarang kitorang tak bertegur. Aku pun dah malas nak merendahkan ego. Maka aku biarkan persahabatan itu pudar. Cuma setiap kali aku dengar lagu ini, aku akan teringatkan zaman sekolah aku dulu. Zaman gembira itu. Juga mungkin zaman duka aku. Zaman gemilang. Hahaha. Bajet plak. =p

Yang pasti aku rasa lagu ini macam satu sumpahan pula. Hahaha. Aku selalu terpengaruh benda macam ini. Yela, lagu ini pun dah maksudkan yang mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi. Tak ke maksud dia yang mereka berpisah then baru jumpa balik? betullah kan?

Lagi satu benda yang aku rasa macam sumpahan ialah Activ5. Hahaha. Bukan apa. Aku rasa bila nilai yang perlu kau bayar untuk hubungi seseorang itu makin murah maka orang itu kurang bernilai. Murah sangat untuk dihubungi. =p Pelikkan teori aku? Dulu aku Activ5 kan dia kemudian berpisah. Lepas jumpa pengganti, aku tak berani nak Activ5 nombor dia. Tapi kawan aku kata bazirlah duit aku sebab kitorang selalu sms. Baik buat Activ5 so aku bolehlah jimat sikit. Kawan aku kata jangan percaya benda karut. Memanglah takde teori sah tapi aku cuak. Then tahu apa jadi? Kami berpisah. Hahahah. Aku saja jadikan ini alasan.

Tapi cuba fikir logik. Kalau mudah sangat nak dihubungi, tiap-tiap hari boleh jumpa, dekat dimata, mungkin kita tak akan hargai orang itu. Tapi kalau orang itu duduk jauh, contohnya mak ayah kita, bila sekali sekala cuti dan balik rumah mesti kita gembira sangat. sebab dah lama tak jumpa. Macam balik kampunglah. Macam bila jumpa kawan-kawan masa reunion.

Tapi tiba-tiba yang di depan mata, yang kurang kita hargai itu pergi jauh. Jauh dan mungkin tak akan kembali. Menyesal tak?

Aku pernah rasai menyesal ini. Sebab tak menghargai yang di depan mata. Tapi aku juga bukan manusia hebat. Bukan manusia sempurna. Banyak cacat cela aku. Banyak tindakan aku dipengaruhi emosi. Dipengaruhi ego.

Moga aku tak akan menyesal lagi.

Saturday, November 7, 2009

suara mahu keluar

Mula-mula aku tak ada idea mahu tulis tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku sahaja tulis di sini mahu orang tahu. aku harap ada orang yang akan tahu.

aku sangat sangat sangat tak boleh terima alasan engkau clash dengan pasangan kau kerana mahu fokus study. bila aku tulis macam ini, bukanlah aku menggalakkan perbuatan couple. masing-masing dah besar. tahu mana baik dan mana buruk. tapi sekarang bukan couple persoalannya. tapi alasan untuk clash itu.

fokus pada study? alasan ni bersepah. berlambak. merata-rata macam sampah kat Malaysia ni. aku pernah tanya seorang teman aku,

"Habis tu masa kau couple dengan dia, kau tak study ke time tuh?"

mestilah kau jumpa dia masa kau study kan? Ah, manusia. Hebat pencipta alasan. Ayat ini ditujukan pada diri aku juga.

Agak-agak 6 bulan pertama hubungan kau dan pasangan kau, kalian tak fokus pada study la ye? Then akhirnya dapat peringatan mana tah or should i say 'hidayah'? supaya hentikan perbuatan salah itu.

pertama, bagus kerana kau akhirnya terkeluar dan berjaya menghindari perbuatan yang menghampiri zina itu.

tapi yang keduanya, aku kesian. perasaan pihak lagi satu yang kecewa. penipu besar kalau dia tak kecewa. tak sedih. aku pernah rasa maka aku tahu. nafi macam nak mati pun, dalam hati kau, kau tahu yang kau kecewa. kau sedih. ini yang aku kesiankan. aku kesian macam mana kau nak bangkit dari kesedihan itu.

tapi lumrahlah kan. kahwin pun boleh bercerai inikan pula hubungan yang tiada ikatan ini.

aku harap dan aku doakan kau yang ditinggalkan pasangan supaya dapat bangkit semula. dapat susun hidup kau jadi lebih teratur. aku doakan kau berjaya dalam hidup kau. dan apabila satu hari nanti kau toleh ke belakang, kau boleh gelak kerana kini kau dah berjaya.

aku harap aku pun menjadi macam tu suatu hari nanti.

Tuesday, November 3, 2009

berlegar-legar

benda tu asyik bermain di ingatan aku. aku cuma teringat. teringat perkara itu. saat yang aku rasa diperlukan. tapi sekarang aku rasa aku keras. keras di luar. dan aku keraskan juga yang di dalam. aku nak. tapi aku tak berani. bayangkan pun aku tak mampu. aku tak berani nak angankannya. sebab fantasi itu tak mungkin jadi realiti. aku cuma berpeluang mengenang. kenangankan.

sakit rasanya bila sedar realiti itu macam mana. rasa tak adil itu datang. tapi tak ada siapa untuk disalahkan. dan tiada siapa perlu disalahkan. ini yang harus aku terima. terima. dan terima.

sakit itu perit. sangat.

ada ke peluang untuk aku lagi?

tak boleh bayangkan. tiada bayangan.

maka aku corakkan bayang yang lain. sepi. kaku. keras. sunyi.

benci perasaan itu.
benci kekakuan itu.

sebab aku bukan macam itu. aku tak nak jadi macam tu.

aku mahukan warna pelangi. aku mahu ketawa itu. aku mahu senyum itu. aku mahu rasa bahagia itu.



aku benci bila air mata ini mengalir. aku rasa kalah. kalah pada diri sendiri.

Monday, November 2, 2009

gunung berapi meletop!

Dear anis and all..

Assalamu’alaikum..

To anis,

Xperlu kot nk tinggi kan suara, aku pun manusia jugak, aku bole jek nk buat ape yg ko buat, lebih dari tu pun boleh klu nak. Bukan aku xpernah tinggikan suara. tp aku masih waras. masalahnyer aku tanya baik2 kot. Aku xtergamak nk tinggikan suara kat ko sbb ko pernah jadik cikgu aku suatu ketika DULU (thanks!) n mungkin aku rasa aku pun silap gak. Aku admit that. Aku hormat dengan ilmu yg ade kat ko. Satu anugerah Tuhan yg amat berharga kat ko. Smg tergolong dlm golongan org yg bersyukurlah aku doakan. Tp, nk marah pun ade cara dia..

Mungkin silap kot klu ko rasa ko buat mcm ni (tinggikan suara, depan tetamu.. jatuhkan maruah aku..depan XXXXX.. aku kenal kot diorang tu.. ) kununnya nk bg pengajaran kat aku. Cara xsesuai. Aku rasa, aku ni xde lah jenis org yg xmakan teguran or nasihat. Well, think about it!

Sorry. Sabar itu separuh drpd iman.

To all, bukan nk mengaibkan sesape, tp mungkin ade msg yg boleh diambil… sbb korang pun menyaksikan nya.

I’m still yr XXXX group member sampai kerja ni abes.

p/s: boleh jek kot msg kat aku, kate nk discuss.. bg tugas. Boleh jek aku cancel semua benda, or attend sekejap jek ke program aku.. mungkin salah aku jugak xterambil tahu. I admit that. Sorry terlepas pandang. Nway, aku buat kot kerja aku klu korang bg tahu before2 ni. Again, sorry..

wassalam.

Regards,

XXXXX







Aku, Nur Anis, manusia yang tidak mampu tahan sabar. dinding sabar aku rapuh. maka marah aku meletus.

Saturday, October 31, 2009

fish and chips

jangan cakap pasal persahabatan kalau kau sendiri tak tahu menilai.

jangan cuba ukur persahabatan kalau kau sendiri tak tahu mengukur.

jangan cuba bermanis mulut kalau ia sekadar penyedap rasa.

jangan cuba berlagak biasa sedangkan di hati hangat membara.

jangan cuba berlagak bagai kawan kalau dibelakang tak habis mengutuk mengata.

mungkin,
itu bukan maksud sebenar.

mungkin,
itu bukan ditujukan untuk kau.

mungkin,
kau yang terasa pedasnya.

mungkin,
segalanya baru bermula?

tapi kalau
masih belum berakhir,
masih mahu bermain kata,
masih mahu menambah rasa meninggalkan bisa,

silakan.

pintu itu terbuka luas.
sekali melangkah keluar,
jangan kau harap peluang kedua.

mahu pusing kembali?
mengimbau kenangan silam?

ah, lupakan.

selamat tinggal.

pendusta, perosak bangsa, pemusnah negara!

Friday, October 30, 2009

tekun itu fokus

aku nak pergi tidur tapi aku ada satu tanggungjawab wajib yang masih belum dilaksanakan. dan juga satu tanggungjawab sunat yang aku baru sedar aku tak lakukan. tapi itu sunat je. tak buat tak dosa.

tapi yang pasti tanggungjawab yang lain ini, tanggungjawab sebagai pelajar ( ya, poyo tapi nak buat macam mana kan? hahahaha) menghalang rancangan asal aku mahu pulang ke pangkuan keluarga. ceh, pangkuan la sangat.

rancangan asal aku esok adalah balik ke kuala lumpur, bershopping menghabiskan suku duit scholar yang baru masuk ini, sampai di rumah dan makan nasi kerabu yang di beli dari pasar tani putrajaya. tapi itu semua terpaksa digagalkan. kerana apa? ada lagi satu tugasan yang perlu diselesaikan. tahi kucing betul!

besok, aku, rakan1 dan rakan2 mahu membuat kerja ini. sebenarnya ini kerja 5 orang tapi tak apa. rakan1 dan rakan2 dan juga aku mahu bergabung. hahaha. gabungan padulah kata orang.

weekend ini nampaknya akan bosan. aku mahu keluar berhibur tapi tiada yang mahu mengajaknya nampaknya. tapi aku pon bosan mahu ke tempat yang sama berulang kali.

aduhai kuala lumpur, lama sudah tak menghirup udara tercemar itu.

Tuesday, October 27, 2009

asam dan garam

keretakan nampaknya makin ketara. salah siapa? semua orang. masing-masing ada salah termasuk aku. mungkin juga cuma salah faham? entahlah. aku cuba untuk intai peluang membaiki keretakan tapi makin lama aku pula yang terasa retaknya. faham ke? ke ayat aku meretakkan fikiran orang yang membaca ni? hehehe..

kenapa ya macam ni? dulu bukan kita geng besar ke? megah mengatur rancangan dan gerak langkah. berjuang bersama-sama menghadapi peperangan exam yang gerun. gerunlah juga pada aku. kemudian bersama-sama meraikan kejayaan perjuangan. bukan ke dulu kita pernah bergerak untuk pergi bergembira bersama? jauh perjalanan kita dulu. mana silapnya kini?

tekanan ke yang mengubah kita semua? kesibukkan menghadapi hari-hari bergelar pelajar ke yang mengubah kita? atau kerana kita makin rapat maka makin mudah terasa hati? kerana dulu mungkin 'peduli ape aku. aku bukan baik dengan dia pon. lantaklah!' tapi kini 'wey, kata member!'

member. aku suka perkataan ini. kerana member ini lebih dekat pada aku. lebih terbuka pada aku pemikirannya. kata-katanya. kerana dia member. dia tidak menilai kau berdasarkan perasaan. tapi berdasarkan ayat member. dia member yang bersama kau bergembira. dia member yang kau tak perlu risau jika kau berkelakuan tidak berapa sopan sebagai perempuan. hahaha. ini pada aku la. bagitahu aku siapa yang cover cun bila bersama member? setidak-tidaknya bukan aku.

tapi. adakah member ini bersama ketika susah? aku rasa yang ini general. subjektif. terpulang kau mahu menilai. macam mana kau menilai. tapi jangan lupa. kau pun seorang member. cuma dalam hidup ini, jangan terlalu tinggi harapan yang kau letak pada member kau itu. mungkin dia tidak mampu untuk laksanakannya. mungkin dia tidak biasa membuat perkara yang kau harapkan. kerana dia manusia yang tidak lepas membuat silap.

marah itu kadang-kadang tidak dapat dibendung. menyampah itu tidak dapat dihalang. tetapi apabila masanya sudah tiba dan hati kau telah sejuk, maafkanlah member itu. kerana dia dahulu pernah bersama kau mewarnai hari-hari kau yang suram dan menjadikannya ceria. jangan dilupa kenangan bersama suatu ketika dulu. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula ikatan persahabatan.

jadikan perkara yang terjadi kini suatu pengajaran. pengalaman adalah guru paling bermakna. pengalaman itu pengajaran paling berharga.

ketika marahkan seseorang, lihatlah pada diri kita dahulu. mungkin silapnya datang dari kita juga. kerana kita semua manusia biasa.

Sunday, October 25, 2009

Boleh ke aku survive?

Entry ini aku mahu cerita perasaan aku. aku selalunya tulis kt facebook tapi since ayah aku dah ada facebook maka aku rasa malas mahu update. hehehehe. alasan je. tapi tu la connection internet kat UTP ni antara penghalang aku mahu tulis notes di facebook.

Sebenarnya aku ada banyak kerja nak buat ni. so aku buat fast entry jelah.

Aku mahu intern kt Perodua kat Rawang and aku dah cari rumah sewa. Meaning aku akan duduk seorang diri dan harganya dalam RM250. Aku rasa aku mampu bayar sendiri. Jarak rumah ke Perodua hanyalah 3 minit menaiki kenderaan maka aku terpaksa menjadi minah rempit semula. ini bermakna aku kena yakinkan family aku untuk bagi aku bawa motor.

Lastly, aku akan berpeluang untuk berdikari. Dan aku rasa itu sangat cool untuk hidup sendiri di rumah sendiri. Tak kisahlah rumah sewa ke rumah beli ke. Janji aku duduk sendiri.

ye, aku rasa aku cool~