jangan cakap pasal persahabatan kalau kau sendiri tak tahu menilai.
jangan cuba ukur persahabatan kalau kau sendiri tak tahu mengukur.
jangan cuba bermanis mulut kalau ia sekadar penyedap rasa.
jangan cuba berlagak biasa sedangkan di hati hangat membara.
jangan cuba berlagak bagai kawan kalau dibelakang tak habis mengutuk mengata.
mungkin,
itu bukan maksud sebenar.
mungkin,
itu bukan ditujukan untuk kau.
mungkin,
kau yang terasa pedasnya.
mungkin,
segalanya baru bermula?
tapi kalau
masih belum berakhir,
masih mahu bermain kata,
masih mahu menambah rasa meninggalkan bisa,
silakan.
pintu itu terbuka luas.
sekali melangkah keluar,
jangan kau harap peluang kedua.
mahu pusing kembali?
mengimbau kenangan silam?
ah, lupakan.
selamat tinggal.
pendusta, perosak bangsa, pemusnah negara!
No comments:
Post a Comment