Lepas aku post yang latest post, so aku biasanya akan baca balik post2 lama. then bila aku baca post2 tu aku akan reflect balik apa yang aku tulis dulu dan apa yang jadi pada aku sekarang. Hmmm..banyak yang berubah pada aku. ada yang lebih baek, ada yang jadi macam yang aku harapkan tapi tetiba pula reaksi aku berbeza. oh hati~
so bila aku pikir2 balik, aku rasa bagus juga aku ada blog ni. kononnya boleh la aku tengok perubahan diri aku sendiri. yelah, tak akan nak wat video pula. rajin sangat tu. walaupun aku jarang update blog ni, tapi sekali sekala bila aku update tu, post tu datang dari hati. apa yang aku rasa masa tu, aku yang aku fikir. so post aku semuanya ikhlas la. gituuuu...
So, Nur Anis, ingat ni. Hidup ni memang susah, memang banyak dugaan. Apa yang salah tu tetap salah, jangan ikutkan hati. Memang susah nak lawan godaan hati tu tapi cubalah untuk berlawan. jangan mengalah. Jangan jadi terlalu lemah. Memang mengalir air mata itu bukan semestinya tanda kita lemah tetapi biarlah air mata itu mengalir untuk perkara yang berfaedah. Mengalirlah air mata kerana dosa yang kau lakukan. Jadilah hamba-Nya yang taat, anak yang solehah, sahabat yang baik dan insya Allah isteri yang diredhai. Setiap yang berlaku ada hikmatnya. Kuatkanlah hati itu. bila kau rasa lemah, mohonlah pada-Nya kekuatan.
Ingat ayat ni, kadang2 apa yang kita suka tak semestinya yang terbaek untuk kita dan kadang2 apa yang kita benci mungkin yang terbaek untuk kita. Jodoh ajal pertemuan memang dah ditetapkan untuk setiap hamba-Nya. Bersabarlah menunggu masa yang sesuai.
Hiduplah dengan restu dan redha Ilahi. berhentilah berharap kasih sayang dan perhatian manusia yang tidak kekal. Kasih sayang Allah swt yang patut dikejar. Berubahlah Anis. Berubahlah menjadi lebih baik dari semalam.
Senyumlah dengan kebahagiaan orang lain dan jangan berhenti berdoa dan berusaha. Mungkin Allah lambat memakbulkan doa kerana masanya belum tiba. Mungkin Allah tak memakbulkan doa kau kerana ada perkara yang labih baek telah tersedia untuk kau. Mungkin Allah memakbulkan doa kau untuk menguji keimanan kau.
Hiduplah dalam kesederhanaan dan penuh kesyukuran. Bersyukurlah kerana masih bernafas hari ini dan masih berpeluang untuk bersyukur.
Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment