
Dia cakap mata aku selalu bergenang,
Bukan aku lemah,
Tapi sedang mencari kekuatan,
Ujian yang datang tiba-tiba,
Aku tahu aku tak kuat,
Tapi aku perlu tabah.
Setiap ujian yang datang itu petanda Allah s.w.t mahu kita dekat pada-Nya. Aku tak mahu jauh dari Dia. Dia sumber kekuatan aku yang hakiki. Siapa aku untuk melawan ketentuan-Nya.
Aku tak layak langsung.
Racun yang satu : Putus asa
Aku perlu terus berusaha. Aku tak akan putus asa tetapi kadang-kadang aku berhenti sejenak. Untuk menghela nafas dan melepaskan lelah.
Untuk mencari kekuatan yang hilang.
No comments:
Post a Comment