keretakan nampaknya makin ketara. salah siapa? semua orang. masing-masing ada salah termasuk aku. mungkin juga cuma salah faham? entahlah. aku cuba untuk intai peluang membaiki keretakan tapi makin lama aku pula yang terasa retaknya. faham ke? ke ayat aku meretakkan fikiran orang yang membaca ni? hehehe..
kenapa ya macam ni? dulu bukan kita geng besar ke? megah mengatur rancangan dan gerak langkah. berjuang bersama-sama menghadapi peperangan exam yang gerun. gerunlah juga pada aku. kemudian bersama-sama meraikan kejayaan perjuangan. bukan ke dulu kita pernah bergerak untuk pergi bergembira bersama? jauh perjalanan kita dulu. mana silapnya kini?
tekanan ke yang mengubah kita semua? kesibukkan menghadapi hari-hari bergelar pelajar ke yang mengubah kita? atau kerana kita makin rapat maka makin mudah terasa hati? kerana dulu mungkin 'peduli ape aku. aku bukan baik dengan dia pon. lantaklah!' tapi kini 'wey, kata member!'
member. aku suka perkataan ini. kerana member ini lebih dekat pada aku. lebih terbuka pada aku pemikirannya. kata-katanya. kerana dia member. dia tidak menilai kau berdasarkan perasaan. tapi berdasarkan ayat member. dia member yang bersama kau bergembira. dia member yang kau tak perlu risau jika kau berkelakuan tidak berapa sopan sebagai perempuan. hahaha. ini pada aku la. bagitahu aku siapa yang cover cun bila bersama member? setidak-tidaknya bukan aku.
tapi. adakah member ini bersama ketika susah? aku rasa yang ini general. subjektif. terpulang kau mahu menilai. macam mana kau menilai. tapi jangan lupa. kau pun seorang member. cuma dalam hidup ini, jangan terlalu tinggi harapan yang kau letak pada member kau itu. mungkin dia tidak mampu untuk laksanakannya. mungkin dia tidak biasa membuat perkara yang kau harapkan. kerana dia manusia yang tidak lepas membuat silap.
marah itu kadang-kadang tidak dapat dibendung. menyampah itu tidak dapat dihalang. tetapi apabila masanya sudah tiba dan hati kau telah sejuk, maafkanlah member itu. kerana dia dahulu pernah bersama kau mewarnai hari-hari kau yang suram dan menjadikannya ceria. jangan dilupa kenangan bersama suatu ketika dulu. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula ikatan persahabatan.
jadikan perkara yang terjadi kini suatu pengajaran. pengalaman adalah guru paling bermakna. pengalaman itu pengajaran paling berharga.
ketika marahkan seseorang, lihatlah pada diri kita dahulu. mungkin silapnya datang dari kita juga. kerana kita semua manusia biasa.
buntu.
ReplyDeletekeliru.
tak tau.
susahlah nak jaga ati semua org.
ReplyDeletenak buat camane kn..
menda2 macam ni lah yang menguji persahabatan sebenarnya. setakat mana kita semua leh handle..
kalau nak carik salah orang,
mmg banyak..
tapi, lebih adil kalau aku cakap,
semua org pn salah,
n...
semua orang layak meminta maaf
dan dimaafi...
yo! tepat sekali...
ReplyDeletetipu klu xde rase rindu lgsong ngan ape yg kite dah penah buat dlu...
weh..ko refer sape?
bkn aku kn?
heheheh
zuhazahi
to me frenship is some kind of special bond that sometimes delights, cheers or even annoys us. Despite of the argument and figths that may occur during the period of frenship, at that particular moment we may blame the other party, saying this, that, what is and what not. But if we look back as we grow older, there's time when we laugh back at the silly stuff we used to argue off. so honey, juz let bygone be bygone. maybe those fights can bring ur frenship back in place. :p
ReplyDeletethepinkblusher: apabila cikgu bersuara, saya memang setuju sangat-sangat. yup, hope semoga persengketaan, salah faham, kecik ati, bajet hot(?) ni berakhir. hee~
ReplyDeletezuhazahi: mestilah bukan kau.hehehehe.
ano:yes. semua orang pun salah. dan aku harap kau pun akan dapat memaafkan salah orang-orang itu satu hari nanti. hee~