Mula-mula aku tak ada idea mahu tulis tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku sahaja tulis di sini mahu orang tahu. aku harap ada orang yang akan tahu.
aku sangat sangat sangat tak boleh terima alasan engkau clash dengan pasangan kau kerana mahu fokus study. bila aku tulis macam ini, bukanlah aku menggalakkan perbuatan couple. masing-masing dah besar. tahu mana baik dan mana buruk. tapi sekarang bukan couple persoalannya. tapi alasan untuk clash itu.
fokus pada study? alasan ni bersepah. berlambak. merata-rata macam sampah kat Malaysia ni. aku pernah tanya seorang teman aku,
"Habis tu masa kau couple dengan dia, kau tak study ke time tuh?"
mestilah kau jumpa dia masa kau study kan? Ah, manusia. Hebat pencipta alasan. Ayat ini ditujukan pada diri aku juga.
Agak-agak 6 bulan pertama hubungan kau dan pasangan kau, kalian tak fokus pada study la ye? Then akhirnya dapat peringatan mana tah or should i say 'hidayah'? supaya hentikan perbuatan salah itu.
pertama, bagus kerana kau akhirnya terkeluar dan berjaya menghindari perbuatan yang menghampiri zina itu.
tapi yang keduanya, aku kesian. perasaan pihak lagi satu yang kecewa. penipu besar kalau dia tak kecewa. tak sedih. aku pernah rasa maka aku tahu. nafi macam nak mati pun, dalam hati kau, kau tahu yang kau kecewa. kau sedih. ini yang aku kesiankan. aku kesian macam mana kau nak bangkit dari kesedihan itu.
tapi lumrahlah kan. kahwin pun boleh bercerai inikan pula hubungan yang tiada ikatan ini.
aku harap dan aku doakan kau yang ditinggalkan pasangan supaya dapat bangkit semula. dapat susun hidup kau jadi lebih teratur. aku doakan kau berjaya dalam hidup kau. dan apabila satu hari nanti kau toleh ke belakang, kau boleh gelak kerana kini kau dah berjaya.
aku harap aku pun menjadi macam tu suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment